Thursday, September 30, 2010

EGONYA KAU, LELAKI.

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa
kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri 
sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. 

Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta 
maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan 
dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.



Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, 

dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan
yang sah.



 
    Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang 

membosankan!




Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang 
sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-
kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma
senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang
boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah 
senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”



Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan 

dia tu.  



Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai 

satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.



“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih
baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”

tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.



Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. 
Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.




Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di 

kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang
hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana 
aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. 
Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada
ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. 




Dia ikhlas sayangkan aku.


 

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor 
kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya 
menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu 
ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh 
benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik 
dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak 
tahu.




Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu 
lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol
itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku 
sebak membaca bait-bait dalam kad itu.



“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. 

Awak buka setiap hari SATU sahaja.Mungkin saya tak dapat 

nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, 

bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya 

berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa 

awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”






Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di
dalamnya tertulis,

 
“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”


Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syara
t satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. 


Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah 

pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak 

berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam 

origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah 

menyakiti seorang wanita yang luhur.
 



Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya

berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal
kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

 


Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”


pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.
“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya 
mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.



Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah 
mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan 
dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku
bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan 
ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

 
Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana 
terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku 
uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.


Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi
 pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.


“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu 

pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.



 

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia 
sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir 
juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.



“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim 

salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku 
suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai 
sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan 
lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik.  
Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.



“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-

apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia 
tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.




Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang
buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!



*******************************************************************




Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa
khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu  menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.



Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang 
duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi
keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia
mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang
juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku 
tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa
ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.



Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma
suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.




Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah 
pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama 
dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca 
botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.







Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. 

 
> Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku.  
> Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. 

> Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. 

> Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. 

>  Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka  itu.



Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang
lain.....

Saturday, August 28, 2010

hanya 3 perkataan......

 YA ALLAH !!! MALAS NYER NAK PEGI KO-K INI HARI !!!

haisyyy...nak tak nak kena gak pegi sebab pusat kokurikulum sekarang ini sudah semakin strict. 

" incik pusat ko-k : kalo tak datang sila buat surat atas nama pengarah pusat ko-k yer.."

hambekk kao !!

sikit punya jenuh nk memikirkan alasan-alasan yang logik. last-last, keputusan di buat. pegi ko-k ini hari !!
baek tak ?? hahaha. tak cakap pun da tau. semestinya baek. keh3. dengan langkah longlai towel dicapai. toilet menjadi sasaran utama. pom pang pom pang, cukup setengah jam, kaki da melangkah pegi tunggu bas. perghhh !! bas yang last skali tuh !! selamat. da lah lewat. kalo kena tunggu bas lagi tak tau lah nk cakap apa da. tak kan nak tumpang kereta foreigner pulak? haisyy. buat keje gilak jer.. time-time ni mula lah otak dok pikir, kalo lah ada vespa skunk nh..pulak tu naik skali dengan boipren..haha..heaven !! bonceng vespa sebelah jer ala-ala zaman mak ayah kita muda-muda..yelah, nak langkah vespa kain ketat, kang tetiba jer ada free show pulak..


pappp!!! tetibe lak awan imaginasi hilang.. haisyyy..nak suruh berenti berangan lah tu.. okayyy, fa-ennn!!


tengah dok berangan kat dalam bas sensorang, tetibe ada sorang pompuan naek n then dok sbelah kita. cukup cantik. sangat cantik. dalam hati kita dok ngomel, cantiknya akak ni...xpakai mekap pun memang da cantik. best jer tengok akak nh..haisyyy...bila lah nak jadi macam dia...okayy, berangan lagi !!

dia tengok kita. dia senyum.

kita tengok dia balik. kita senyum balik kat dia.


"cik perempuan : pukul berapa ekh sekarang?"

"kita : 10.35 pagi" dalam hati da menggelabah ni sebab lewat pegi ko-k. mati lahh !!

"cik perempuan : owh..da lah tak bawak apa-apa ni..datang bawak diri jer."



sebenarnya kita tak pandai nak berborak dengan orang kita tak kenal ni. tapi tengok cik perempuan ni macam nak ajak berborak, kita pun layan kan je lah.



"kita : ko-k apa?"


"cik perempuan : hiasan dalaman. boring betul. haha. awak ko-k apa?"

haaaa !! ni lah soalan yang paling malas kita nak jawab kalau orang tanya.

"kita : errrr...kor mekanik.. "


muka cik perempuan tu memang terkejut gila.


"cik perempuan : lagi lah boring kan..haha..minat ker?"


"kita : saya pilih ko-k ni. minat lah jugak..hehe..awak semester berapa ekh?"

"cik perempuan : owh, kalau minat takpe lah.. saya semester 5..awak?

"kita : ouhh..aiseh, akak lah ni? sori ekh..saya semester 3.. "


perbualan menjadi semakin menarik bila.......


"cik perempuan : kawan-kawan akak semua da takde ko-k..dulu akak ko-k gamelan. akak sorang jer ada lagi ko-k sebab arituh akak extent semester..sebab akak accident..."
 


"kita : accident ??? accident macam mana?? " dengan gaya mkcik bedah internet bergerak.


"cik perempuan : accident kereta. teruk jugak. kena tahan kat hospital 2 bulan.


"kita : huissyy.. dahsyat tuh.. macam mana boleh accident? ada patah pape  x?" sesi mengorek fakta terus giat berlansung.


"cik perempuan : accident kat Napoh. akak tengah speeding. 140 km/j. tiba-tiba ada orang gila lari melintas. sebab nak elakkan dia, akak langgar divider jalan. dengan seat belt nyer x pakai, muka terhantuk kat stereng. ni, bibir akak ni, terkoyak, isi dia terkeluar.. gigi akak bengkok, temasuk kat dalam. kereta lak totally loss. time accident tuh kereta da berasap segala da. ingatkan nk meletup. Alhamdulillah, tak meletup.."


"kita : YA ALLAH....." dengan feeling yang ngeri ble dengar benda-benda yang tak mau amik tahu. 


"cik perempuan : kaki akak patah, g hospital masuk besi...gigi akak yang bengkok tu, doktor tarik balik ke posisi asal pastu ikat dengan besi...bawah bibir akak ni kn pun masuk besi...rahang akak patah..ni kalo tengok kn ada parut ni.."

"kita : ASTAGHFIRULLAHALAZIM.... akak fobia tak bawak kereta sekarang? " 


"cik perempuan : tak lah..akak bawak macam biasa jer..benda tu jadi pun da setahun.."






perrrgghhhh !!! akak ni !!! berpantang maut sebelum ajal. iron lady sungguh. salute ahh!!






"kita : takpe kak..ada hikmah benda ni jadi...akak amik kos apa?" cuba untuk menukar topik perbualan, kang tak pasal2 ada yang terbatal puasa sebab muntah dengar cerita accident. 


"cik perempuan : akak amik kos international affairs..adik?


"kita : errrr....saya amik undang-undang kak.."




perbualan terhenti setakat tu jer sebab destinasi akak tu da sampai akak tuh da sampai ke destinasi. dan time tu jugak kita start berangan balik.....hehe...




semalam, 17 ramadhan...


kita keluar pegi jitra dengan masnira, dayah ma' and dayah saad. nak dijadikan cerita, kita lah driver nyer. kitaorang semua pakat tak mau bukak kat luar sebab leceh..leceh pasaipa plak ni? ye lahh..masing-masing biasa solat dulu sebelum berbuka..dapat seteguk air, pastu solat dulu, baru lah "allahummalakasumtu....."
almaklum lah, kalo tak solat dulu nanti masing-masing jadi macam beruang kutub dok merenung masa depan.
kitaorang semua kena balik hostel sebelum pukul 5 ptg sebab da janji dengan brader tu. tapi, da pukul 4.45 ptg pun still ada kat jitra. kereta sikit punya ramai banyak kat main road. haisyyy..nak tak nak terpaksa lah speeding bila da sampai highway. dok syok2 tekan minyak, kita tetiba teringat something.. 


"kita : dayah saad, sini banyak speed trap kan?"


"dayah saad : a'ah.."


"kita : matilahh..kita da overlimit ni..." sambil tengok meter menunjukkan angka 100.




bila pikir-pikir kan balik, kalo jadi pape semalam macam mana? yelahh, dengan speeding nyer...seat belt x pakai..kalo lahh jadi pape semalam, haissyy..ntah lahh...awan imaginasi macam tak dapat menggambarkan nya..pulak hari ni jumpa dengan cik akak perempuan dan kisah nyer yang agak tragis. bikin jiwa insaf sekejapan.



hanya 3 perkataan..."sebab akak accident..." boleh buat kita insaf...

kalo TUHAN da nak tunjuk, memang DIA akan tunjuk.. SUBHANALLAH....




so, sekarang ni kan da nak dekat raya..meh sini nak bagi ucapan hari raya siap-siap. mana la tau, kot-kot rindu ngan kita pulak kan...haaaa...jangan lah bawak kereta laju-laju..tak kan lari nyer rumah tu. jangan la pulak nak jadi samseng jalan raya. toksah nk dok jadi road bully. ingat sket, semua orang bayar road tax. jangan dok perasan jalan raya tu anda punya sorang sorang yang punya. pape pon, semoga selamat dalam perjalanan pergi dan pulang. amiinnn.... =) selamat hari raya !!





Thursday, July 15, 2010

kite sayang awak

kte baru jer kenal awk..
tapi kte rase kte suka kawan ngn awk..
awk baek, awk ceria, awk suka senyum....
segala-gala nya, awk baik di mata kte.

tapi, belakangan nh, awak selalu sakit2..
sakit awak teruk..
kte kesian kat awk...
tapi,
kte yg tengok awk lagi sakit...
hati kte menangis sebab awk..
sebab kte x mampu nk tolong awk..
maafkan kte, awk...
hanya doa dan yassiin yang mampu kte sedekahkan buat awk..
agar dapat melihat awk sihat kembali...

kini, 
awk da sihat...
dah mampu tersenyum dan ketawa kembali..
kte bersyukur..
bersyukur sangat-sangat...
Alhamdulillah...

keceriaan awk bertambah bila awk mengenali seseorg...
seseorg yg awk suka, 
seseorg yg awk menaruh harapan kepada nya....
seorang lelaki.
lelaki yg kini membuat awk rasa bahagia.
awk, kte tumpang bahagia..
atas kebahgiaan awk kini...

setiap masa nama lelaki tersebut di bibir awk..
setiap saat, 
setiap ketika,
dan setiap kali awk bercerita tentang lelaki itu juga,
bibir awk x penah lekang dengan senyuman..
tapi setiap kali kte dengar awk bercerita tentang lelaki itu,
tiap kali itu juga lah kte tersenyum hambar.
awk, ad benda yg patut awk tahu...

lelaki itu bukan lah seperti jangkaan awk..
bukan dan teramat lah bukan....
ahh, bodoh nya kte bagitau semua ni kat awk...
mana mungkin awk nak percaya....
sebab bagi awk, dia sempurna di mata awk...
sangat sempurna...

terlalu cepat untuk awk mempercayai sesorg....
lebih2 lagi utk menyimpan perasaan...
awk kawan kte...
kte xsuka tgk kwn kte menangis sebab kecewa...
lebih2 lagi sebab lelaki...
kte sayang awk..
kte xnk awk kecewa bila kebenaran terbongkar....
kebenaran yang memakan diri awak....

awk happy sangat..
kte xtahu macam mana nk bagitau awk..
kte takut kesedihan bakal mengganti kegembiraan awk...
jadi,
kebenaran tersebut akan kte simpan sehingga waktunya tiba...

eventhough the truth is very painful,
juz bear in mind...
i will always be there for u as ur emotions punching bag or a shoulder for u to cry on..
and of course, that is a friend supposed to mean... =)
 







 




saya, aku atau kita?

nama saya momoe.

aku seorang student.

kita nga blaja kat kedah.


okayy..motiff??


al kesah...
sejak dari dulu ag, kalo sy berborak ngn kengkawan, mesti bahasa kn diri sbg 'kita'. dan kwn2 pulak sy panggil 'awak'. haha. nmpak klaka sgt kn3? tp nk wat cmner, dats da real me. semua nya bermula ble sy start sekolah rendah. kawan2 ramai. tp xtao nk panggil ap. nk panggil 'aku' cam kasar sgt. yelah, br skolah rendah kn, muka pown nga baek, otak pown nga suci ag. haha. 



tempat: sekolah rendah


'awk, kte nk pinjam pemadam awk bley?', sy berckp.

'bley2..amik lahh. nk wat ghete pown bley', kwn sy berckp blek.


okayy..tup2 sy da trpatah kn pemadam beliau. nk mintak blek?? haha. naseb ar. spe soh wat statement cenggitu dlu. ;p


haha. itu cerita lama....

ini kesah baru....



tempat: sekolah menengah...

dimana otak budak2 nyer xde lahh suci sgt...berkarat ag ad lahh..




'cikgu bagitau kte td yg dy nk awk jmpe dy skrunk.' sy ckp kt kwn sy. bdk laki.
beliau jwb blek, 'awak2, knpe cikgu nk jmpe kte? knpe cikgu xnk jmpe awk?'


kambing gurun! maen perli2 pulak ekh?? hampeh. 


                                                              **************

smpai skrunk, sy xbiasa nk bhsa kn diri 'aku ko' ngn kengkwn. even skrunk nh, da masuk uni da pown. still xbley. kalo nk dgr gak, try lahh wat sy marah..haha. nk bhsa kn diri 'sy awk'? cm formal sgt la pulak. so, 'kte awk' je lahh tinggal. heeee~ ;). so, mne2 yg x bese, bese2 kn lahh diri anda yer.. ;))



psssttt!!! : cehh!! konon jer 'kte awk, kte awk' ngn org. cam baek gilerr. haha. padahal nakal gak!! ;))





Monday, July 12, 2010

permainan bernyawa

hari ni x seindah semalam. tp semalam pown terok gak. haha. cam xde beza pown. tp nk tulis gak bagi sedap ayat. baru lahh drama sgt!! haha. 1st day datang kuliah setelah meng'extend' cuti lebey sket. bukan x rindu uni, rindu gle.. serius x tipu *muka confident. ;p

klas arinh dari pagi sampai ptg. lecturers sume in. baru ingt nk cabot kalo lecturer xde. persoalan nyer, adakah mereka excited utk berjumpa ngn kami? haha. jwpn nyer, ya. sendirik tny sendirik jwb. keh3. nk bukti?? lec br masok je, blom sempat wat intro pasal diri beliau2, beliau2 da tros edar attendence sheet, set tyme utk tutorial class dan yg PALING penting, MENGAJAR !! hambekk kao!! unbelievable? caya jer lahh. xde drama2 pown kt cni. nh bkn cm maskman yg breaking da magician code tuh. haha.

matahari da tegak atas kepala. panas. jam di tangan ku pandang sekilas. jarum pendek menunjukkn angka 12 manakala jarum panjang menunjukkn angka 4. perut pown da bunyik cam kriuk2 asli dahh nh. tyme lunch sy dan mereka2(kwn2) singgah di CENGKEH. knpe nme kafe nh cengkeh? kt port dickson ada satu restoran tuh nme dy kayu manis. elok sangat lahh tuh. bunga lawang xmao kahh? awat x letak nme RESTORAN PETAI kahh? okayy gak tuh.. xde la disaster sgt nme tuh. emmmm....jujur, disaster la gak nme tuh sbnrnyer.
haha. saje, ayat nk amik hati diri sendirik.

di tengah2 keriuhan bunyik sudu garfu kelentang-kelentung dok brlanggar ngn pinggan kaca, bunyik mereka2 yg rakus menyedut air, (bagi sape2 yg x tao bunyik sedut air cmner..ni haa bunyik dy cmnh..sroott sroott!!) sy dan mereka2 berborak pasal movies yg nga play kt wayang skrunk. bynk la movie yg best2..cm eclipse, predator, backup plan, despicable me.. bynk ag ar sbnyer nyer.. dan yg sbnrnyer, ad satu movie yg sy nk sgt tgk sblom naek uni blek tp x sempat tgk....

'dayah, awak da tgk toy story 3?', tny sy kpd salah seorg drpd mereka2.

'da moe. moe nk ke? dayah ada dlm lptop. kalo nk t amk kt dayah.' jawab dia.

hohoho. hati gembira bukan kepalang. blek klas jer g bilik dayah amk movie. malam 2 'wayang' bermula. segala persiapan di atur kemas. ngn headfon nyer yg dok tersangkut kt kepala ngn volume maximum, kerepek pisang mkck leha enterprise ialah 'popcorn', 'coke' pulak ialah ayer mesin R.O yg dok masuk 20 sen tuh, tekan2 butang start baru kuar ayer. =)

hampir 2 jam brlalu, seronok gle tengok citer tuh. ble tengok movie 2 cm teringat zaman kanak2 lak. mse tuh umo sy dlm 5-6 thn.

tyme tuh happy meal memang nga meletop-letop kt mekdi. tyme pegi mekdi jer mesti nk mainan. kalo nk diikut kn, bnyk gle sy kumpul mainan mekdi, trmsok lahh woody, buzz ngn awek woody yg cam dutch lady pakai serkup pink 2. haha. pengakuan di revealed ngn imej wajah di blur kn serta menggunakn caption bukan nama sbnr. ble da awal remaja sket, mama suruh bagi semua mainan2 tu kat adik sedara. hati sedih. jiwa memberontak. xmao bagi sbb sayang gle kowtt!! last2, kne bagi gak tp syarat sy kpd mama, toy story ngn barbie doll jgn usik!! kalo tyme tuh g lawat umah adk sedara, mesti dok tny, mainan2 mne? haha. ble pikir2 blek skrunk, okayy..sumpah maluu..

kt umah, disney channel wajib ada. kalo disney dok tayang toy story 1&2 brape bnyk kali pown, sy nk tgk brape bnyk kali jugak. SIYESLY SKRUNK FEELING2 DIRIKU CAM ANDY. haha. =)