Thursday, June 30, 2011

online business

assalamualaikum.

berikut adalah perbualan di  antara mak, bapak, dan si anak, along.



ALONG : mak, bapak. along rasa along nak kerja la. cuti semester ni pun lama. bila dapat gaji, boleh jugak ringankan beban mak dengan ayah.

MAK : elok lah tu along. boleh kamu timba pengalaman. kamu cari la kerja yang elok-elok sikit. kalau kamu bekerja sampai penat-penat, mak tak nak bagi la. kesian mak nengok kamu nanti.

BAPAK : kamu tak nak buat bisnes sendiri ke?

ALONG : along ingat nak buat bisnes kat internet la, pak. bisnes online. senang sikit, ye dak?

BAPAK : elok jugak tu. kamu nak buat bisnes apa?

ALONG : jual ice-blended online. siapa nak boleh order. nanti along pos lah kat rumah diorang.

MAK & BAPAK :        (-__________-")

Monday, June 27, 2011

LOYAR PURAK-PURAK

Assalamualaikum eberibadi.

sori la ye, dah lama giler guwa tak hapdet..*eleh, lu hapdet ke, tak hapdet ke, ada guwa kesah ? bajet blog lu meletop kebaboom la sangat.* haha.

sepanjang peninggalan guwa yang memberi peluang kepada labah-labah untuk melebarkan sawangnya di blog guwa hingga tebai bebenor ni, guwa ada la kumpul story-story barang sebakul dua untuk di kongsi dengan korang. ececece. intro tak boleh blah lansung.

sepanjang awal bulan jun sehingga awal bulan julai, guwa adalah seorang pelajar praktikal. busy lah sikit jawabnya. sedangkan fesbuk pun guwa jarang-jarang nak bukak, inikan pulak hapdet blog. maaf ye sahabat-sahabat yang menantikan entri baru dari guwa. *sumpah ayat macam mintak pelempang.*

guwa berpraktikal di mahkamah tinggi, mahkamah majistret dan sesyen. lokasi mahkamah takyah tau ye. nanti kalau tersilap tulis guwa takde la kena saman. sia-sia je hidup nanti. kat mahkamah ada lah bercampur gak dengan real laywers, so terpalit gak la feeling jadi real lawyers tuh. ekeke.

macam-macam orang guwa dah jumpa. orang kena tuduh (OKT) pulak ada yang muka macam kat dahi dah dicop 'aku penjenayah'. ada pulak muka macam suci giler, skali pandang tak sangka dia penjenayah. ingatkan calon imam muda datang buat promosi ajak join program astro tuh.



KES-KES


dadah, rasuah, bunuh, rogol. kes-kes cenggini memang biasa kat sini. tapi, dadah dengan rasuah, guwa macam tak amik port sangat. kalau kes bunuh dengan rogol, guwa teruja lain macam beb. siyes lain macam. kalau ada kes cenggini, guwa suka masuk court semata-mata nak tengok muka OKT. semata-mata okay ! haha. guwa pernah curi-curi berbual dengan OKT yang sebenarnya memang dilarang pun mengikut peraturan. haha. hoyeahh. chill la bro. law was made to be broken. nak tambah syok lagi, OKT yang guwa ajak berbual tuh adalah perogol. tadi guwa nak pegi borak dengan OKT yang kesalahannya membunuh, tapi spoil la, pendakwa raya tak bagi la pulak..cessss..

sepanjang praktikal ni, guwa macam dah boleh buat statistik dah. penjenayah lak banyak lelaki. kalau kes dadah, mostly orang cina dengan melayu. kes rasuah pulak mostly melayu gak. kalau kes bunuh, mostly orang india. kalau kes rogol pulak, pun mostly orang melayu. guwa sebagai orang melayu berasa bangga giler dengan pencapaian orang melayu wehh. melayu boleh ! marilah kita jadi penjenayah beramai-ramai. barulah kita berjaya mencapai wawasan 2020. silap-silap tahun 2020 bila cikgu tanya murid-murid apa cita-cita bila besar nanti, saya nak jadi penjenayah. kalau kerja penjenayah dah full, hackers pun boleh la cikgu.



ROGOL


seriously shit giler weh kalau cenggini. pulak, ada kes juvana empat orang budak lelaki rogol seorang budak perempuan. kes 20 orang rogol sorang perempuan pun ada wehhh ! siyesly guwa terpana.

guwa faham, susah nak jadi lelaki zaman sekarang ni. toleh kiri nampak awek pakai baju yang see through menyerlahkan cleavage yang nyata, ditambah pula colour bra yang vibrant. toleh kanan, nampak pulak awek pakai mini skirt ber g-string duduk silang kaki. gebu pulak tu pehanya. awek kat depan pulak mempunyai pinggul berukuran 36, dok jalan lenggang-lenggok sambil main rambut ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. awek kat belakang pulak, sopan luarannya, bertudung, tapi skill menggoda lelaki memang power, sampai tersungkur anak adam dibuatnya. goyah iman di buatnya. tapi, apa yang guwa tengok dekat court ni, lain beb. mostly, perempuan ni kena rogol. maksudnya secara paksaan. takde unsur kerelaan. kalau lu usik budak bawah umur, rela ke, tak rela ke, lu tetap rogol beb. bab-bab rogol ni guwa cam emosi sket. almaklumlah, guwa perempuan.

apa yang guwa nak kata kat sini, memang payah jadi lelaki zaman ni. dugaan hebat beb. apa yang guwa boleh kata, lu orang lelaki, jaga la iman lu baik-baik. kalau tak boleh tanam iman tebai-tebai, sedang-sedang pun cukup la. lu jaga yang basic pun da cukup. slowly la pastuh move on to the next stage of iman. kalau nak salahkan media ker, pornsite ker, memang tak boleh. as the matter of fact, internet is borderless. benda-benda cenggini ikut iman beb. kenapa guwa tak nasihatkan orang perempuan ? lelaki, lu kena paham, syaitan gunakan perempuan sebagai medium untuk menggoncangkan iman anak adam. even kalau perempuan tuh tutup aurat bertudung litup, nafsu lelaki ni lain pandangannya. acaner tuh ? guwa nak pesan, lu sebagai anak adam diturunkan di muka bumi sebagai khalifah dan pelindung anak hawa. cuba bayangkan kalau mangsa rogol tuh mungkin terdiri dari family korang ? ditambah pula selepas dirogol, mangsa dibunuh kejam.



*p/s : kalau lu pernah rogol orang, pernah main dengan anak dara orang, jangan harap nak dapat awek suci giler punya. lu taat Allah dulu, lu hormat makhluk Allah dulu, baru lu dapat awek seangkatan macam lu.