Thursday, May 19, 2011

REVIEW NUR KASIH THE MOVIE

Assalamualaikum.

Tadi guwa exam. Law of Tort II. Disebabkan guwa terkilan dengan guwa punya exam, guwa decide nak pegi tengok wayang. so, guwa pegi la dengan aweks-aweks guwa. sorry bro, guwa tak minat duduk dalam wayang gelap dengan balaks-balaks. maksiat. haha. lagipun aweks-aweks ni yang ajak, guwa on jer. mereka juga lah yang memilih cerita untuk ditonton. sekali lagi , guwa on jerr. seriously, time citer Nur Kasih ni play kat tv, guwa bukan nyer amik port sangat. ajaib sungguh kalau tetiber nampak guwa tengok citer tuh, melainkan time tuh ada scene yang remy ishak berlakon. haha.








bagi guwa yang da pegi nengok citer ni, guwa bagi rate 4.5 bintang out of 5. 




PELAKON

pelakon-pelakon dia takyah cakap la. terbaek punya. hasil kerja mantap jelas terpancar. haha. kalau tidak masa kan MANUSIA INI yang pada mula nya duduk bermalas-malasan terus duduk tegak pabila kelibat jehan miskin terpampang di skrin putih. ohh dunia ! seriously, pada pandangan keperempuanan guwa, guwa prefer tiz zaqyah dengan ayu raudah bertudung. cantik gile wehh ! guwa mungkin kedengaran seperti lesbo, tapi itu hanyalah reaksi duniawi yang selalu tertarik dengan objek-objek yang cantik. *ohh, lupa nak bagitahu. bulan enam nanti guwa dengan remy ishak nak nikah. jemputlah datang ye. haha*



FEELING

bagi sesiapa yang hati lembut, bawak la bekal tisu tesco banyak-banyak. sedangkan guwa yang hati separa lembut ni pun menetessss, apatah lagi yang mereka yang berjiwa umpama agar-agar santan. *lama dah tak makan agar-agar santan. tiberrr.* kalau nak test tahap kelembutan hati korang, cer pegi try baca MR. K PUNYA BLOG. kalau baca blog mr. k pun korang dah tangkap leleh, memang patut la korang bawak tisu tesco banyak-banyak. kenapa mesti tisu tesco ? kalau tak nak, tisu mydin pun boleh. haha. MANUSIA INI PULAK memang sengal. guwa tengah feeling-feeling, tiber dengar pulak beliau cakap 'lawak la ! lawak la !' Ngenggggg. Potong laaa~




JALAN CERITA

menarik. tak tergantung. senang nak paham. even di awal cerita ada flashback, still korang akan boleh tangkap.



DIALOG

susah nak jumpe dialog yang berjela-jela tapi pointless dalam citer ni. ayat citer ringkas but captured the heart. mostly banyak ayat-ayat yang ke arah ketuhanan yang banyak bagi motivation. guwa suka part ni.



LOCATION


banyak view yang cantik-cantik gila dalam citer ni. yang kat sawah padi, yang kat jordan.. superb gile wa cakap lu. lagi sengal bila kawan guwa siap da feeling-feeling macam tengok jejak rassul da bila ada scene kat jordan. *haa elok la tuh, tinggal siap nak tunggu azan maghrib maka lengkap la bulan ramadhan kita ye adik-adik.*





For those yang belum tengok citer ni, sila la tengok ye. citer ni bukan takat nak bersedih berjiwang tangkap leleh, but citer ni actually one of the method untuk kita ingat kat Allah. this story is full with moral value. ini bukan filem picisan.






"Semakin sempit derita menghimpit, semakin besar rahmat Tuhan menghampiri- Nur Amina"





p/s :  pasni nak tunggu citer Transformer 3 pulak. al maklumlah, bekas boyfriend jadi hero. kena support. teehee~ 

5 comments:

  1. fuh!momoe menangis tgk wayang..hahaha..

    ReplyDelete
  2. *ohh, lupa nak bagitahu. bulan enam nanti guwa dengan remy ishak nak nikah. jemputlah datang ye. haha*
    rasa nak lempang momoe ahahaha

    ReplyDelete