Saturday, April 3, 2010

MISI : STID 1103

Hai.

Ni sy nk cerita pasal keadaan sy time nk tulis entri ni. Korg x tau, punya la seksa nak dpt kan idea nak tulis entri ni. Siap terbaring-baring, then cari idea sampai terlelap ^_^, pastu mak panggil suruh blend cili kering sebab dia nak buat sambal pulak! Then, sy bagi alasan nk siapkan blog. Mak pulak x paham blog tu ap, so dia tny la soklan-soklan yang lama-lama buat sy bingit sekejapan. Sy ni pun satu bengong, yang pergi mention benda-benda cenggini kat remaja lama seperti beliau tu spe suruh. Hahaha. Tapi memandangkan blog ni adalah assignment yang killer, terpaksa ku harungi jua segala rintangan. *baca dengan mimik muka patriotik.* Hahahaha. Time sy mula-mula nak menaip, banyak idea datang seperti mencurah-curah ke ladang gandum. Pergh. Time tu x tahu nk pilih idea yang mane satu. Pening kepala ooo tyme nk buat pilihan. Pastu, sebab da pening sangat, sy memilih untuk tido. Satu pilihan yang sangat bijak. *_*. Masa sy tengah membuat pilihan idea sambil tido, tiba-tiba jer sy tersentap, pastu terjage. Rupa-rupanya mimpi! Scary ooo... sy mimpi Encik Adan marah sebab x ciapkan assignment ni. Dia siap letak charger elektrik kt badan sy. Sambil marah dia press button on. Mahu nyer x mereng. Dah la mereng sekejapan, terkinja-kinja pulak tuh kesan terkujat elektrik shock...%$#@*....Bila tersedar je, sy terus ciapkan assignment ni. Hahaha. Terima kasih la kepada Encik Adan sebab datang dalam mimpi sy ye! Time sy nga focus ke arah kecemerlangan, time tu la pulak henpon sy menjerit mintak di angkat. Huisyy, gangguan durjana btol la! Sy tengok kt skrin, tertera nombor yang x dikenali. Sy pun amik sebatang pen, kira macam pen tu ala-ala stylus la.. lagi pun henpon ni pun da mcm PDA da sekali tengok... kalo nk tekan keypad kena ada pen, lidi ke baru boleh tekan sebab keypad dier da terbenam. Hahaha. Style gila la. Kalo trade-in henpon ni, kira cam priceless la sbb da masuk kategori antik. Haaa~ Eh eh, tadi henpon sy bunyik kn kn kn? Haaaa, pastu sy angkat la.*jwpan agak bengap ye.* Bila sy angkat, ada suara seorang mamat ni kedengaran. Macam suara org bangla pun ada gak sebab suara dia macam bangla. *ayat cam dapat gred 7 dalam bahasa melayu.* hahahaha. Sejurus kemudian, sy tanya “siapa ni ?”. Dia cakap dia Ah Long. Sah gila. Suara macam bangla pastu ngaku dia ah long. Sy pun bingit la. Sy tanya mana dia dapat nombor sy. Dia jawab nombor sy dah lama ada dalam henpon dia. *jawapan dia lagi bengap dari jawapan sy tadi*. Sbb malas nk layan, so, sy letak la. A few mins later, dia kol lagi. Pastu sy matikan je henpon sampai esok pagi. Guess what! Disebabkan mamat bangla tu punya pasal, bila sy bukak je henpon next morning, haaaah! Hambek kao! Berderet mesej masuk! Terima kasih la kepada beliau kerana berjaya membuatkan pagiku bersinar seindah sinaran sang suria. *sbb sy suke dapat mesej!!* Hahaha. Dan salah satu mesej tu adalah mesej foward yang berbunyik, “ assignment STID ad ag satu task tambahan”. Memang nak maut!! Okaylah. End of story.

.Momoko.

No comments:

Post a Comment