Monday, June 27, 2011

LOYAR PURAK-PURAK

Assalamualaikum eberibadi.

sori la ye, dah lama giler guwa tak hapdet..*eleh, lu hapdet ke, tak hapdet ke, ada guwa kesah ? bajet blog lu meletop kebaboom la sangat.* haha.

sepanjang peninggalan guwa yang memberi peluang kepada labah-labah untuk melebarkan sawangnya di blog guwa hingga tebai bebenor ni, guwa ada la kumpul story-story barang sebakul dua untuk di kongsi dengan korang. ececece. intro tak boleh blah lansung.

sepanjang awal bulan jun sehingga awal bulan julai, guwa adalah seorang pelajar praktikal. busy lah sikit jawabnya. sedangkan fesbuk pun guwa jarang-jarang nak bukak, inikan pulak hapdet blog. maaf ye sahabat-sahabat yang menantikan entri baru dari guwa. *sumpah ayat macam mintak pelempang.*

guwa berpraktikal di mahkamah tinggi, mahkamah majistret dan sesyen. lokasi mahkamah takyah tau ye. nanti kalau tersilap tulis guwa takde la kena saman. sia-sia je hidup nanti. kat mahkamah ada lah bercampur gak dengan real laywers, so terpalit gak la feeling jadi real lawyers tuh. ekeke.

macam-macam orang guwa dah jumpa. orang kena tuduh (OKT) pulak ada yang muka macam kat dahi dah dicop 'aku penjenayah'. ada pulak muka macam suci giler, skali pandang tak sangka dia penjenayah. ingatkan calon imam muda datang buat promosi ajak join program astro tuh.



KES-KES


dadah, rasuah, bunuh, rogol. kes-kes cenggini memang biasa kat sini. tapi, dadah dengan rasuah, guwa macam tak amik port sangat. kalau kes bunuh dengan rogol, guwa teruja lain macam beb. siyes lain macam. kalau ada kes cenggini, guwa suka masuk court semata-mata nak tengok muka OKT. semata-mata okay ! haha. guwa pernah curi-curi berbual dengan OKT yang sebenarnya memang dilarang pun mengikut peraturan. haha. hoyeahh. chill la bro. law was made to be broken. nak tambah syok lagi, OKT yang guwa ajak berbual tuh adalah perogol. tadi guwa nak pegi borak dengan OKT yang kesalahannya membunuh, tapi spoil la, pendakwa raya tak bagi la pulak..cessss..

sepanjang praktikal ni, guwa macam dah boleh buat statistik dah. penjenayah lak banyak lelaki. kalau kes dadah, mostly orang cina dengan melayu. kes rasuah pulak mostly melayu gak. kalau kes bunuh, mostly orang india. kalau kes rogol pulak, pun mostly orang melayu. guwa sebagai orang melayu berasa bangga giler dengan pencapaian orang melayu wehh. melayu boleh ! marilah kita jadi penjenayah beramai-ramai. barulah kita berjaya mencapai wawasan 2020. silap-silap tahun 2020 bila cikgu tanya murid-murid apa cita-cita bila besar nanti, saya nak jadi penjenayah. kalau kerja penjenayah dah full, hackers pun boleh la cikgu.



ROGOL


seriously shit giler weh kalau cenggini. pulak, ada kes juvana empat orang budak lelaki rogol seorang budak perempuan. kes 20 orang rogol sorang perempuan pun ada wehhh ! siyesly guwa terpana.

guwa faham, susah nak jadi lelaki zaman sekarang ni. toleh kiri nampak awek pakai baju yang see through menyerlahkan cleavage yang nyata, ditambah pula colour bra yang vibrant. toleh kanan, nampak pulak awek pakai mini skirt ber g-string duduk silang kaki. gebu pulak tu pehanya. awek kat depan pulak mempunyai pinggul berukuran 36, dok jalan lenggang-lenggok sambil main rambut ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. awek kat belakang pulak, sopan luarannya, bertudung, tapi skill menggoda lelaki memang power, sampai tersungkur anak adam dibuatnya. goyah iman di buatnya. tapi, apa yang guwa tengok dekat court ni, lain beb. mostly, perempuan ni kena rogol. maksudnya secara paksaan. takde unsur kerelaan. kalau lu usik budak bawah umur, rela ke, tak rela ke, lu tetap rogol beb. bab-bab rogol ni guwa cam emosi sket. almaklumlah, guwa perempuan.

apa yang guwa nak kata kat sini, memang payah jadi lelaki zaman ni. dugaan hebat beb. apa yang guwa boleh kata, lu orang lelaki, jaga la iman lu baik-baik. kalau tak boleh tanam iman tebai-tebai, sedang-sedang pun cukup la. lu jaga yang basic pun da cukup. slowly la pastuh move on to the next stage of iman. kalau nak salahkan media ker, pornsite ker, memang tak boleh. as the matter of fact, internet is borderless. benda-benda cenggini ikut iman beb. kenapa guwa tak nasihatkan orang perempuan ? lelaki, lu kena paham, syaitan gunakan perempuan sebagai medium untuk menggoncangkan iman anak adam. even kalau perempuan tuh tutup aurat bertudung litup, nafsu lelaki ni lain pandangannya. acaner tuh ? guwa nak pesan, lu sebagai anak adam diturunkan di muka bumi sebagai khalifah dan pelindung anak hawa. cuba bayangkan kalau mangsa rogol tuh mungkin terdiri dari family korang ? ditambah pula selepas dirogol, mangsa dibunuh kejam.



*p/s : kalau lu pernah rogol orang, pernah main dengan anak dara orang, jangan harap nak dapat awek suci giler punya. lu taat Allah dulu, lu hormat makhluk Allah dulu, baru lu dapat awek seangkatan macam lu.

Thursday, May 19, 2011

REVIEW NUR KASIH THE MOVIE

Assalamualaikum.

Tadi guwa exam. Law of Tort II. Disebabkan guwa terkilan dengan guwa punya exam, guwa decide nak pegi tengok wayang. so, guwa pegi la dengan aweks-aweks guwa. sorry bro, guwa tak minat duduk dalam wayang gelap dengan balaks-balaks. maksiat. haha. lagipun aweks-aweks ni yang ajak, guwa on jer. mereka juga lah yang memilih cerita untuk ditonton. sekali lagi , guwa on jerr. seriously, time citer Nur Kasih ni play kat tv, guwa bukan nyer amik port sangat. ajaib sungguh kalau tetiber nampak guwa tengok citer tuh, melainkan time tuh ada scene yang remy ishak berlakon. haha.








bagi guwa yang da pegi nengok citer ni, guwa bagi rate 4.5 bintang out of 5. 




PELAKON

pelakon-pelakon dia takyah cakap la. terbaek punya. hasil kerja mantap jelas terpancar. haha. kalau tidak masa kan MANUSIA INI yang pada mula nya duduk bermalas-malasan terus duduk tegak pabila kelibat jehan miskin terpampang di skrin putih. ohh dunia ! seriously, pada pandangan keperempuanan guwa, guwa prefer tiz zaqyah dengan ayu raudah bertudung. cantik gile wehh ! guwa mungkin kedengaran seperti lesbo, tapi itu hanyalah reaksi duniawi yang selalu tertarik dengan objek-objek yang cantik. *ohh, lupa nak bagitahu. bulan enam nanti guwa dengan remy ishak nak nikah. jemputlah datang ye. haha*



FEELING

bagi sesiapa yang hati lembut, bawak la bekal tisu tesco banyak-banyak. sedangkan guwa yang hati separa lembut ni pun menetessss, apatah lagi yang mereka yang berjiwa umpama agar-agar santan. *lama dah tak makan agar-agar santan. tiberrr.* kalau nak test tahap kelembutan hati korang, cer pegi try baca MR. K PUNYA BLOG. kalau baca blog mr. k pun korang dah tangkap leleh, memang patut la korang bawak tisu tesco banyak-banyak. kenapa mesti tisu tesco ? kalau tak nak, tisu mydin pun boleh. haha. MANUSIA INI PULAK memang sengal. guwa tengah feeling-feeling, tiber dengar pulak beliau cakap 'lawak la ! lawak la !' Ngenggggg. Potong laaa~




JALAN CERITA

menarik. tak tergantung. senang nak paham. even di awal cerita ada flashback, still korang akan boleh tangkap.



DIALOG

susah nak jumpe dialog yang berjela-jela tapi pointless dalam citer ni. ayat citer ringkas but captured the heart. mostly banyak ayat-ayat yang ke arah ketuhanan yang banyak bagi motivation. guwa suka part ni.



LOCATION


banyak view yang cantik-cantik gila dalam citer ni. yang kat sawah padi, yang kat jordan.. superb gile wa cakap lu. lagi sengal bila kawan guwa siap da feeling-feeling macam tengok jejak rassul da bila ada scene kat jordan. *haa elok la tuh, tinggal siap nak tunggu azan maghrib maka lengkap la bulan ramadhan kita ye adik-adik.*





For those yang belum tengok citer ni, sila la tengok ye. citer ni bukan takat nak bersedih berjiwang tangkap leleh, but citer ni actually one of the method untuk kita ingat kat Allah. this story is full with moral value. ini bukan filem picisan.






"Semakin sempit derita menghimpit, semakin besar rahmat Tuhan menghampiri- Nur Amina"





p/s :  pasni nak tunggu citer Transformer 3 pulak. al maklumlah, bekas boyfriend jadi hero. kena support. teehee~ 

Sunday, May 15, 2011

Stress dengan hidup ? Rujuk nombor enam.




Pernah tak korang frust dengan apa yang berlaku dalam hidup korang? 
Benda yang korang rancang baik punya tapi last-last ke laut jugak semuanya? 
Pernah tak korang rasa down gila punya gila sebab korang tak expect hidup korang begitu begini punya complicated? 


Well, jika korang rasa stress yang tak terkawal dengan hidup, sila rujuk nombor enam.





6# Beriman kepada Qada' dan Qadar








P/S : Allah tak menjanjikan hidup ini mudah. 
Tapi, jika di dalam hidup kita berpegang kepada Allah, 
insyaAllah segala urusan kita akan dipermudahkan oleh Allah.

Tuesday, May 10, 2011

i stalk your profile



ini kisah sedihku
aku mengharapkan sesuatu yang tak pasti

di saat kau di sisiku
hidupku terasa indah
hidupku penuh warna-warni 
seperti pelangi

ku akui ku rindukan mu
saat kau tiada di sisi
hancur hatiku bila kau sudah berpunya

i stalk your profile when i miss you
tengok semua gambar you tanpa jemu
i stalk your profile when i miss you
adakah kau juga memikirkan ku

semua gambar-gambar you bersama si dia
dalam caption nya kata mu 'aku cinta dia'
reaksi ku meluat tapi sedih pun ada
memang kau ini player tapi malangnya ku mahu kau jua

i stalk your profile when i miss you
tengok semua gambar you tanpa jemu

i stalk your profile when i miss you
adakah kau juga memikirkan ku

kau seolah memberiku harapan
di saat sunyi rasa kesepian
kau seolah memainkan perasaan
ingin ku membenci mu tapi aku yang tak tahan

i stalk your profile when i miss you
tengok semua gambar you tanpa jemu
i stalk your profile when i miss you
adakah kau juga memikirkan ku

adakah cinta dibalas....



Sunday, April 17, 2011

SEDIHNYA ! BARU JE TAHU TADI...



2 jam lepas, guwa baru discover yang guwa lahir dalam bulan Sya'aban. sedihnya sebab baru tahu tadi. sedih sangat-sangat. sebab baru tahu tadi. guwa betul-betul sedih ni sebab ni kali ketiga guwa repeat kesedihan guwa. =(


Guwa lahir 17 Sya'aban 1411. Hari Isnin. Pukul 1.54 tengah hari. 


SEDIH #1
Kesian kat mak guwa. yelah, kan guwa lahir dalam bulan sya'aban. lepas sya'aban kan ramadhan. dan lepas bersalin kan kena pantang. maknanya mak guwa tak dapat la berpuasa di bulan ramadhan pada tahun itu kerana berpantang setelah melahirkan guwa. get da point fella?


SEDIH #2 
Kesian kat mak guwa. juga tidak ketinggalan bapak guwa. guwa kan lahir hari Isnin. so, maknanya weekday la. kesian kat mak guwa sebab kena amik cuti sebab guwa da karate-karate nak keluar. kesian juga dekat bapak guwa sebab terpaksa amik cuti dan kerana itu tidak dapat mengumpul cuti terbanyak dan menjadi staff of the year di opis beliau. dan tidak ketinggalan kesian juga pada doktor dan nurse-nurse yang bertugas di labour room pada waktu itu kerana tidak dapat menikmati lunch hour mereka di kafe hospital yang indah.


SEDIH #3
Kesian kat guwa sendirik sebab tak dapat nak jadi anak yang baik kepada mak bapak guwa even guwa selalu dan non-stop dalam menyusahkan diorang. OH !


Time google tadi, guwa jumpa benda ni. rase macam nak share dengan korang. TEKAN SINI DULU baru try usha kat bawah ni ok fella? =)

Huraian mengenai karakter atau personaliti diri anda dalam kalender islam:


Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.


Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


Sya’aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.


Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.


Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.


Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

NAK MEREPEK BOLEH?



MAK AIHHH. BOSAWANG BONAR BLOG DEN NI HAA !


Lama gile kowt tak hapdet. takde la lama gile. tapi lama la jugak. tapi takde la sampai gile lama. okay, ini gile. 

Lately, guwa cam banyak dilema perasaan. jiwa kacau dengan masalah duniawi. dengan benda-benda yang boleh membuat otak anda cramp bila memikirkannya, tidak lupa juga benda-benda yang boleh membuat jiwa anda remuk-hancus-lunyai jika anda start untuk memikirkannya. ohh dunia, tolang jangan kejam sangat boleh?

so, bila guwa mulai untuk stress, guwa bukak youtube, guwa layan raja lawak dan maharaja lawak. dan guwa start untuk gelak dengan begitu kuat sekali. HUAGRRGGHAHAHA. dengan itu, guwa lega. tapi jikalau youtube lambat loading, guwa akan stress kembali.

Tapi, rumet guwa tegur bila guwa gelak kuat-kuat di pagi malam. kerana takowt akan ada suara-suara yang bakal meyambut hilaian gelak tawa guwa di tepi tingkap. so, terpaksa la guwa gelak slow-slow sambil menekup tangan di mulut umpama seorang gadis yang gelak manja-gembira apabila menerima lamaran seorang jejaka. gelak begini lagi buat guwa stress. oh dunia !


GUWA STRESS. SO, GUWA START MEREPEK. ANYWAY, MUKA LEGEND, TAPI HATI KIUT. *TIBER* HAHA

Monday, March 7, 2011

I LOVE YOU !


Hello u'olls. errkk. ok ok. Assalamuaalaikum awak semua. =p

play play ! kasi feel sikit time baca. =)

Entri kali ni guwa nak dedicate especially untuk kawan-kawan guwa. Seperti yang satu dunia dah sedia maklum, tanggal 4 purnama 3 harituh, guwa dah officially jadi tua. *statement orang tua riak takbur berlagak shaitonirajjim.* Ehem ehem. Biasalah, guwa kan awek bruno mars, time burfday guwa, paparazi banyak gila kejar guwa u'olls ! ohhh gosh ! *ok, sila tampar guwa laju-laju sekarang.* Umur ?? ohh, no no no ! guwa tak mau lah u'olls depressi kalau tau umur guwa. Haha. *angkat kening angkat kening*

Back to reality, guwa nak dedicate entri ni untuk kawan-kawan yang guwa shayang shangat-shangat. Aksi-aksi yang korang buat untuk guwa betul-betul telah kasi luluh guwa punya jantung. *apasal bunyik macam lucah je ayat ni ?*


















THANX TO ALL MY SAYANG-NESS ! THERE'S NO EXACT WORD TO EXPRESS MY GRATITUDE . GUWA TERHARU GILER. SIYES TAK TIPU. teehee ~ =D



thanx Loyar Lawa ! 

p/s :   lovesssss !