haisyyy...nak tak nak kena gak pegi sebab pusat kokurikulum sekarang ini sudah semakin strict.
" incik pusat ko-k : kalo tak datang sila buat surat atas nama pengarah pusat ko-k yer.."
hambekk kao !!
sikit punya jenuh nk memikirkan alasan-alasan yang logik. last-last, keputusan di buat. pegi ko-k ini hari !!
baek tak ?? hahaha. tak cakap pun da tau. semestinya baek. keh3. dengan langkah longlai towel dicapai. toilet menjadi sasaran utama. pom pang pom pang, cukup setengah jam, kaki da melangkah pegi tunggu bas. perghhh !! bas yang last skali tuh !! selamat. da lah lewat. kalo kena tunggu bas lagi tak tau lah nk cakap apa da. tak kan nak tumpang kereta foreigner pulak? haisyy. buat keje gilak jer.. time-time ni mula lah otak dok pikir, kalo lah ada vespa skunk nh..pulak tu naik skali dengan boipren..haha..heaven !! bonceng vespa sebelah jer ala-ala zaman mak ayah kita muda-muda..yelah, nak langkah vespa kain ketat, kang tetiba jer ada free show pulak..
pappp!!! tetibe lak awan imaginasi hilang.. haisyyy..nak suruh berenti berangan lah tu.. okayyy, fa-ennn!!
tengah dok berangan kat dalam bas sensorang, tetibe ada sorang pompuan naek n then dok sbelah kita. cukup cantik. sangat cantik. dalam hati kita dok ngomel, cantiknya akak ni...xpakai mekap pun memang da cantik. best jer tengok akak nh..haisyyy...bila lah nak jadi macam dia...okayy, berangan lagi !!
dia tengok kita. dia senyum.
kita tengok dia balik. kita senyum balik kat dia.
"cik perempuan : pukul berapa ekh sekarang?"
"kita : 10.35 pagi" dalam hati da menggelabah ni sebab lewat pegi ko-k. mati lahh !!
"cik perempuan : owh..da lah tak bawak apa-apa ni..datang bawak diri jer."
sebenarnya kita tak pandai nak berborak dengan orang kita tak kenal ni. tapi tengok cik perempuan ni macam nak ajak berborak, kita pun layan kan je lah.
"kita : ko-k apa?"
"cik perempuan : hiasan dalaman. boring betul. haha. awak ko-k apa?"
haaaa !! ni lah soalan yang paling malas kita nak jawab kalau orang tanya.
"kita : errrr...kor mekanik.. "
muka cik perempuan tu memang terkejut gila.
"cik perempuan : lagi lah boring kan..haha..minat ker?"
"kita : saya pilih ko-k ni. minat lah jugak..hehe..awak semester berapa ekh?"
"cik perempuan : owh, kalau minat takpe lah.. saya semester 5..awak?
"kita : ouhh..aiseh, akak lah ni? sori ekh..saya semester 3.. "
perbualan menjadi semakin menarik bila.......
"cik perempuan : kawan-kawan akak semua da takde ko-k..dulu akak ko-k gamelan. akak sorang jer ada lagi ko-k sebab arituh akak extent semester..sebab akak accident..."
"kita : accident ??? accident macam mana?? " dengan gaya mkcik bedah internet bergerak.
"cik perempuan : accident kereta. teruk jugak. kena tahan kat hospital 2 bulan.
"kita : huissyy.. dahsyat tuh.. macam mana boleh accident? ada patah pape x?" sesi mengorek fakta terus giat berlansung.
"cik perempuan : accident kat Napoh. akak tengah speeding. 140 km/j. tiba-tiba ada orang gila lari melintas. sebab nak elakkan dia, akak langgar divider jalan. dengan seat belt nyer x pakai, muka terhantuk kat stereng. ni, bibir akak ni, terkoyak, isi dia terkeluar.. gigi akak bengkok, temasuk kat dalam. kereta lak totally loss. time accident tuh kereta da berasap segala da. ingatkan nk meletup. Alhamdulillah, tak meletup.."
"kita : YA ALLAH....." dengan feeling yang ngeri ble dengar benda-benda yang tak mau amik tahu.
"cik perempuan : kaki akak patah, g hospital masuk besi...gigi akak yang bengkok tu, doktor tarik balik ke posisi asal pastu ikat dengan besi...bawah bibir akak ni kn pun masuk besi...rahang akak patah..ni kalo tengok kn ada parut ni.."
"kita : ASTAGHFIRULLAHALAZIM.... akak fobia tak bawak kereta sekarang? "
"cik perempuan : tak lah..akak bawak macam biasa jer..benda tu jadi pun da setahun.."
perrrgghhhh !!! akak ni !!! berpantang maut sebelum ajal. iron lady sungguh. salute ahh!!
"kita : takpe kak..ada hikmah benda ni jadi...akak amik kos apa?" cuba untuk menukar topik perbualan, kang tak pasal2 ada yang terbatal puasa sebab muntah dengar cerita accident.
"cik perempuan : akak amik kos international affairs..adik?
"kita : errrr....saya amik undang-undang kak.."
perbualan terhenti setakat tu jer sebab
semalam, 17 ramadhan...
kita keluar pegi jitra dengan masnira, dayah ma' and dayah saad. nak dijadikan cerita, kita lah driver nyer. kitaorang semua pakat tak mau bukak kat luar sebab leceh..leceh pasaipa plak ni? ye lahh..masing-masing biasa solat dulu sebelum berbuka..dapat seteguk air, pastu solat dulu, baru lah "allahummalakasumtu....."
almaklum lah, kalo tak solat dulu nanti masing-masing jadi macam beruang kutub dok merenung masa depan.
kitaorang semua kena balik hostel sebelum pukul 5 ptg sebab da janji dengan brader tu. tapi, da pukul 4.45 ptg pun still ada kat jitra. kereta sikit punya
"kita : dayah saad, sini banyak speed trap kan?"
"dayah saad : a'ah.."
"kita : matilahh..kita da overlimit ni..." sambil tengok meter menunjukkan angka 100.
bila pikir-pikir kan balik, kalo jadi pape semalam macam mana? yelahh, dengan speeding nyer...seat belt x pakai..kalo lahh jadi pape semalam, haissyy..ntah lahh...awan imaginasi macam tak dapat menggambarkan nya..pulak hari ni jumpa dengan cik akak perempuan dan kisah nyer yang agak tragis. bikin jiwa insaf sekejapan.
hanya 3 perkataan..."sebab akak accident..." boleh buat kita insaf...
kalo TUHAN da nak tunjuk, memang DIA akan tunjuk.. SUBHANALLAH....
so, sekarang ni kan da nak dekat raya..meh sini nak bagi ucapan hari raya siap-siap. mana la tau, kot-kot rindu ngan kita pulak kan...haaaa...jangan lah bawak kereta laju-laju..tak kan lari nyer rumah tu. jangan la pulak nak jadi samseng jalan raya. toksah nk dok jadi road bully. ingat sket, semua orang bayar road tax. jangan dok perasan jalan raya tu anda