Thursday, December 30, 2010

gila punya team malaysia !!





Team football malaysia ?? Sumpah gila weh ! Gila hebat wa cakap lu ! Hehehe. Tajok mesti mao meletopss kebaboom.



Player paling hebat kan, guwa rase lahh, khairul fahmi. Jujur guwa cakap, Dulu-dulu bukannya guwa tao pown nama dia apa. Guwa dok panggil dia kelantan-man jer. haha. First time guwa tengok dia, impression guwa kan, "ishhh.. mamat ni apasal semacam jer muka dia. macam komunis dowh. ngan muka ketat bagak-bagak time jaga gawang. Pergghhh, gerun guwa ohh !" Tapi, hensem lahh jugak. Haha. Biasa lahh, guwa perempuan normal. Biasa lahh kalau cuci-cuci mata sambil cuit-cuit hati. Hahaha. Ok, melampau.



Notis penting ye ! Khairul fahmi tuh dah ada buah hati. Memang guwa tengok diorang tengah in love gila ni.
Try check dis out !  Dah-dah, toksah nak pulun tisu tesco berkotak-kotak dok kesat ayaq idung tuh. Tak guna dah nak potong nadi guna cotton bud, naik basikal langgar daun ker sebab nak kat K.F tuh. Tak guna dah. Tak guna.



Player-player lain kan ada ? *haha, Tetiber !* Player-player lain pown not bad gak. Hebat. Gila dowh, gila. Salute lahh. Mental diorang kuat ooo. Supporters indonesia punyer feel kan laen macam sket. Dengan main saiko-maiko lahh, nak guna perempuan lahh untuk kacau tumpuan player kita. Hadoii. Laser buatan saya tuh ! ( JuPe, 2010 ). *gelak guling-guling*. Buatnya kalau ada supporters indon maen mercun ker time tuh, pulak ter'landing' kat laser buatan dia tuh, hadoyaii.. acane tuh ?


JuPe : dokter, gi mana keadaannya guwe punya 'laser' ?

Dokter : aduhh non, 'laser' nya udah punah angkara mercun. Pasti lepas ini 'laser' enggak bisa bikin high beam. Gawat ini, gawat !




Pape pown, thanks to team malaysia under 23 sebab bagi chance kat supporters malaysia nak membangga diri. hahaha. 



* Semua orang nak bagi bunga kat safee sali lahh, khairul fahmi lahh.. Abis, yang lain cane? guwa nak bagi kat amri yahya lahh. haha. Bagi chance sket. =p

Thursday, December 23, 2010

Saturday, December 11, 2010

tak semestinya....




tak semestinya yang hitam itu hina dina,
dan
tak semestinya yang putih itu suci mahmudah.



tak semestinya yang baik itu selama-lamanya baik,
dan
tak semestinya yang jahat itu selama-lamanya jahat.



tak semestinya orang yang berkuasa harus dijulang tinggi,
dan 
tak semestinya orang yang kudus kuasanya harus dipijak dan di tekan ke bawah.



tak semestinya kehidupan si cacat itu penuh onak,
dan 
tak semestinya kehidupan si sempurna itu amat lurus jalannya.



tak semestinya kehidupan harus sentiasa diterangi oleh warna pelangi,
dan 
tak semestinya pelangi itu akan sentiasa ada, menerangi kehidupan kita.







*Kadang-kadang, untuk hidup, kita harus mati. 









Friday, December 10, 2010

ada siapa-siapa nak jodoh ?

arini guwa nak story pasal mizz nina dengan noh hujan. cam best jer tengok kombinasi diorang.          +   










*gambar noh lagi besar dari mizz nina sebab guwa minat dia lebey. haha






tengah guwa syiok dengar lagu 'what you waiting for' by mizz nina feat colby o donis, tiber-tiber guwa rasa nak stalk lak pasal mizz nina. guwa dah dengar macam-macam pasal akak sorang ni. haha. almaklumlah, stalk-stalk orang ni memang keje part time guwa. tapi guwa stalker berhemah, okayy ? bukan yang saiko maiko punyer ! hahaha. 



guwa stalk mizz nina dengan ada sorang kawan guwa ni. guwa panggil dia chena.


kteorang stalk lah gambar-gambar mizz nina. huisyy, macam-macam pose. ada pose yang macam buat iklan deodorant, ada pose yang masterpiece punya style. guwa cam kagum ohh - kagum sikit jer lah tapi. haha.

tetiber, si chena ni berkata-kata, 


'eleh, stakat tuh jer pose yang mizz nina boleh buat? dia belum tengok lagi pose dari mizz chena ! '


guwa jadi teruja dengan semangat beliau. tapi, guwa terpikir.....


'eh-eh chena, kalo mizz nina ada noh hujan, awak ada siapa pulak?'



mizz chena

+

MOH PETIR ????



* cam best gak kombinasi diorang ni. untung-untung dapat baby nama mona ribut.

Saturday, November 13, 2010

ANTI - BENJAMIN WILLIAMS, OHH !

GUWA KALAU PASAL FOOTBALL, GUWA LEK JER DER. ORANG LAIN DOK KALUT NAK TENGOK LIVE MATCH KAT STADIUM, KAT MAMAK, GUWA PULAK LEK JER TENGOK BOLA SAMBIL LIPAT KAIN BAJU KAT RUMAH. TAKDE NAK KECOH-KECOH. HAHA.


TAPI, TADI GUWA RASA BINGIT GILA HATI BILA TENGOK SATU MATCH NI....NI YANG GUWA NAK KECOH KAT SEMUA ORANG NI...


Tadi ada match bola between MALAYSIA-CHINA for Asian Games 2010. Nak dijadikan cerita, lepas guwa habis jer tengok, guwa rasa terpanggil nak buat entri pasal BENJAMIN WILLIAMS. Guwa bingit gila dengan beliau. Haaa, pasaipa pulak ni ??



Benjamin Williams ni asal dia Australia. Umor 33 tahun. Dia kerja cikgu kat aussie sana tuh. 


 
haa, ni lahh beliau. yang tengah tu ! yang tengah tu !
haha


Sikit punya bias kat player malaysia. Bias sikit-sikit boleh terima lagi. tapi kalau dah sampai player malaysia tinggal 8 orang, nak lawan dengan player china yang 11 orang + 1 (benjamin williams), guwa pown geram beb. 3 orang player malaysia kena kad merah. Hampir semua player malaysia dapat kad kuning. guwa rasa kan, sapa yang tak dapat kad kuning memang depressi kowt. mesti diorg cakap cenggini : 

"eh, apasal kawan-kawan aku dapat kad kuning, aku x dapat ? tension lahh pulak aku."


kalau korang nak tengok tahap mana bias beliau, korang pegi lah tengok balik siaran ulangan kat tv. guwa nak upload video match untuk korang pown, match baru jer jadi tadi. tak sempat -sempat mereka nak upload lagi. haha. sikit punya efisen stail guwa punya laporan. haha. Ada satu scene tuh bila player china bentes kotor player malaysia. Si pengadil ni buat derrkk jer. Lansung tak kenakan kad. Sampaikan pengulas tuh cakap, "ahh, williammm.... " dengan nada makcik-makcik duduk kat pangkin petang-petang sambil bergosip. Siap kunyah cucuq kodok lagi.. anda mampu ? haha.

Last-last, malaysia kalah dengan china 3-0. guwa takde lahh salute sangat dengan victory china, sebab guwa cam paham situasi anak-anak buah guwa. haha. guwa sebagai coach diorg, kena lahh memahami. Kalau bukan guwa, kat sape lagi diorg nak mengadu kan ? haha.

Guwa kalau match-match yang ada tulis "malaysia" ni, guwa memang teruja sikit. kalau piala malaysia ker, EPL ker, guwa x minat sangat. Even guwa orang selangor, guwa punya semangat hanya untuk negara. bukan negeri. bukan kelab. haha. Amacam ? Kencang tak kencang semangat guwa ? hahaha. Kalau bab malaysia atau germany, guwa memang.... haisyyy... semangat mari ohh !

* guwa rasa kan, supporters kelantan kena turun padang bagi pengajaran kat benjamin williams. Kencang 
tak kencang ?


Wednesday, October 13, 2010

nak bercinta ke tak ?

kadang-kadang nak suka seseorang tuh lagi senang daripada nak berpura-pura tidak meyukai orang yang kita suka.    

peritnya perasaan ni. sangat menggangu. kenapa awak ketuk kalau awak tak berniat untuk masuk ? kenapa awak usik perasaan ini yang pada mula nya lansung tidak meyimpan harapan pada awak? apa kahh motif awak sebenarnya ?

haisyyyy.....

YA ALLAH, AKU BERMOHON KEPADA-MU, KAU TUTUP LAH PINTU HATI KU TERHADAP KAUM ADAM SEHINGGA TIBA WAKTU YANG TEPAT BERSAMA ORANG YANG TEPAT UNTUK AKU MERASAI NIKMAT PERCINTAAN YANG ENGKAU KURNIAKAN.


BUKAN PARAS SETAMPAN YUSUFF YANG AKU CARI, BUKAN SUARA SELUNAK BILAL BIN RABAH YANG AKU IDAM KAN, BUKAN GAGAH SEPERTI UMAR AL-KHATTAB YANG KU DAMBAKAN, TAPI CUKUPLAH SESEORANG YANG MAMPU MENGANGKAT AGAMA ISLAM MENDAHULUI DIRINYA.













 



Thursday, September 30, 2010

EGONYA KAU, LELAKI.

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa
kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri 
sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. 

Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta 
maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan 
dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.



Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, 

dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan
yang sah.



 
    Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang 

membosankan!




Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang 
sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-
kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma
senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang
boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah 
senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”



Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan 

dia tu.  



Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai 

satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.



“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih
baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”

tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.



Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. 
Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.




Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di 

kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang
hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana 
aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. 
Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada
ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. 




Dia ikhlas sayangkan aku.


 

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor 
kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya 
menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu 
ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh 
benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik 
dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak 
tahu.




Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu 
lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol
itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku 
sebak membaca bait-bait dalam kad itu.



“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. 

Awak buka setiap hari SATU sahaja.Mungkin saya tak dapat 

nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, 

bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya 

berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa 

awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”






Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di
dalamnya tertulis,

 
“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”


Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syara
t satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. 


Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah 

pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak 

berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam 

origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah 

menyakiti seorang wanita yang luhur.
 



Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya

berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal
kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

 


Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”


pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.
“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya 
mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.



Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah 
mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan 
dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku
bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan 
ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

 
Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana 
terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku 
uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.


Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi
 pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.


“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu 

pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.



 

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia 
sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir 
juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.



“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim 

salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku 
suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai 
sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan 
lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik.  
Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.



“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-

apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia 
tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.




Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang
buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!



*******************************************************************




Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa
khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu  menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.



Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang 
duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi
keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia
mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang
juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku 
tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa
ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.



Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma
suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.




Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah 
pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama 
dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca 
botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.







Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. 

 
> Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku.  
> Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. 

> Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. 

> Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. 

>  Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka  itu.



Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang
lain.....