Sunday, November 6, 2011

kacak jelita sahaja

assalamualaikum.


jam tunjuk pukul 4.30 petang. guwa tengah buat assignment. tiba-tiba, rasa penat lak badan ni ngadap laptop lama-lama. tapi dalam penat-penat ni makin laju lak jari ni main-main kat keyboard laptop. guwa macam terpandang satu benda menarik. 


"ok. fine. take five la jap. apa salahnya, ye dak?" getus hati guwa. 


pastu guwa tekan satu link ni. pastu dia bawak guwa pergi kat satu link yang lain. pastu kan, dia suruh guwa tekan satu button ni. guwa pun tekan la. pastu kan, keluar la benda yang guwa sebenarnya tak nak tengok pun. tapi da tertengok, nak buat cane. korang nak tengok jugak ke ?



tapi tapi tapi,
video ni hanya untuk mereka yang berjiwa kental sahaja tau. nanti tak pasal-pasal guwa pulak yang nak kena tanggung bil hospital lu. guwa da buat disclaimer ni.



nah.


siapa yang rasa dia kacak macam orlando bloom, jelita macam miranda kerr, sila lah layan VIDEO ni. oh, yang tak kacak dan cun sila jangan tengok ye. ;p




*********************************************************


dah tengok ?

amacam ? 

dah korang rasa diri korang kacak jelita pasaipa ?





*last-last tengok jam dah pukul 6.30 petang. take five la sangat kan. demmm.

sila ingat ini



jangan ingat dia yang berwajah brutal akan membiarkan sahaja anak kucing yang kelaparan terkandas di dalam longkang, 
mungkin dia akan bertindak sebaliknya.


jangan ingat dia yang sopan tutur bicaranya tidak pernah mencarut, 
mungkin dia lah raja carutan.


jangan ingat dia yang kamu anggap kawan itu adalah kawan sejati, 
mungkin dia lah yang akan meninggalkan kamu terkontang-kanting tatkala belenggu membelit dirimu.


jangan ingat dia yang diam hanya merupakan tunggul yang tidak berguna,
mungkin dia mempunyai idea-idea bernas yang tidak sampai dek akalmu.


jangan ingat dia yang rendah kelasnya yang sering menerima kerlingan sinis masyarakat hanya membawa sial,
mungkin dia lah yang akan membuat kamu melutut di depan nya satu hari nanti.



sila ingat ini.

Wednesday, November 2, 2011

Thursday, June 30, 2011

online business

assalamualaikum.

berikut adalah perbualan di  antara mak, bapak, dan si anak, along.



ALONG : mak, bapak. along rasa along nak kerja la. cuti semester ni pun lama. bila dapat gaji, boleh jugak ringankan beban mak dengan ayah.

MAK : elok lah tu along. boleh kamu timba pengalaman. kamu cari la kerja yang elok-elok sikit. kalau kamu bekerja sampai penat-penat, mak tak nak bagi la. kesian mak nengok kamu nanti.

BAPAK : kamu tak nak buat bisnes sendiri ke?

ALONG : along ingat nak buat bisnes kat internet la, pak. bisnes online. senang sikit, ye dak?

BAPAK : elok jugak tu. kamu nak buat bisnes apa?

ALONG : jual ice-blended online. siapa nak boleh order. nanti along pos lah kat rumah diorang.

MAK & BAPAK :        (-__________-")

Monday, June 27, 2011

LOYAR PURAK-PURAK

Assalamualaikum eberibadi.

sori la ye, dah lama giler guwa tak hapdet..*eleh, lu hapdet ke, tak hapdet ke, ada guwa kesah ? bajet blog lu meletop kebaboom la sangat.* haha.

sepanjang peninggalan guwa yang memberi peluang kepada labah-labah untuk melebarkan sawangnya di blog guwa hingga tebai bebenor ni, guwa ada la kumpul story-story barang sebakul dua untuk di kongsi dengan korang. ececece. intro tak boleh blah lansung.

sepanjang awal bulan jun sehingga awal bulan julai, guwa adalah seorang pelajar praktikal. busy lah sikit jawabnya. sedangkan fesbuk pun guwa jarang-jarang nak bukak, inikan pulak hapdet blog. maaf ye sahabat-sahabat yang menantikan entri baru dari guwa. *sumpah ayat macam mintak pelempang.*

guwa berpraktikal di mahkamah tinggi, mahkamah majistret dan sesyen. lokasi mahkamah takyah tau ye. nanti kalau tersilap tulis guwa takde la kena saman. sia-sia je hidup nanti. kat mahkamah ada lah bercampur gak dengan real laywers, so terpalit gak la feeling jadi real lawyers tuh. ekeke.

macam-macam orang guwa dah jumpa. orang kena tuduh (OKT) pulak ada yang muka macam kat dahi dah dicop 'aku penjenayah'. ada pulak muka macam suci giler, skali pandang tak sangka dia penjenayah. ingatkan calon imam muda datang buat promosi ajak join program astro tuh.



KES-KES


dadah, rasuah, bunuh, rogol. kes-kes cenggini memang biasa kat sini. tapi, dadah dengan rasuah, guwa macam tak amik port sangat. kalau kes bunuh dengan rogol, guwa teruja lain macam beb. siyes lain macam. kalau ada kes cenggini, guwa suka masuk court semata-mata nak tengok muka OKT. semata-mata okay ! haha. guwa pernah curi-curi berbual dengan OKT yang sebenarnya memang dilarang pun mengikut peraturan. haha. hoyeahh. chill la bro. law was made to be broken. nak tambah syok lagi, OKT yang guwa ajak berbual tuh adalah perogol. tadi guwa nak pegi borak dengan OKT yang kesalahannya membunuh, tapi spoil la, pendakwa raya tak bagi la pulak..cessss..

sepanjang praktikal ni, guwa macam dah boleh buat statistik dah. penjenayah lak banyak lelaki. kalau kes dadah, mostly orang cina dengan melayu. kes rasuah pulak mostly melayu gak. kalau kes bunuh, mostly orang india. kalau kes rogol pulak, pun mostly orang melayu. guwa sebagai orang melayu berasa bangga giler dengan pencapaian orang melayu wehh. melayu boleh ! marilah kita jadi penjenayah beramai-ramai. barulah kita berjaya mencapai wawasan 2020. silap-silap tahun 2020 bila cikgu tanya murid-murid apa cita-cita bila besar nanti, saya nak jadi penjenayah. kalau kerja penjenayah dah full, hackers pun boleh la cikgu.



ROGOL


seriously shit giler weh kalau cenggini. pulak, ada kes juvana empat orang budak lelaki rogol seorang budak perempuan. kes 20 orang rogol sorang perempuan pun ada wehhh ! siyesly guwa terpana.

guwa faham, susah nak jadi lelaki zaman sekarang ni. toleh kiri nampak awek pakai baju yang see through menyerlahkan cleavage yang nyata, ditambah pula colour bra yang vibrant. toleh kanan, nampak pulak awek pakai mini skirt ber g-string duduk silang kaki. gebu pulak tu pehanya. awek kat depan pulak mempunyai pinggul berukuran 36, dok jalan lenggang-lenggok sambil main rambut ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. awek kat belakang pulak, sopan luarannya, bertudung, tapi skill menggoda lelaki memang power, sampai tersungkur anak adam dibuatnya. goyah iman di buatnya. tapi, apa yang guwa tengok dekat court ni, lain beb. mostly, perempuan ni kena rogol. maksudnya secara paksaan. takde unsur kerelaan. kalau lu usik budak bawah umur, rela ke, tak rela ke, lu tetap rogol beb. bab-bab rogol ni guwa cam emosi sket. almaklumlah, guwa perempuan.

apa yang guwa nak kata kat sini, memang payah jadi lelaki zaman ni. dugaan hebat beb. apa yang guwa boleh kata, lu orang lelaki, jaga la iman lu baik-baik. kalau tak boleh tanam iman tebai-tebai, sedang-sedang pun cukup la. lu jaga yang basic pun da cukup. slowly la pastuh move on to the next stage of iman. kalau nak salahkan media ker, pornsite ker, memang tak boleh. as the matter of fact, internet is borderless. benda-benda cenggini ikut iman beb. kenapa guwa tak nasihatkan orang perempuan ? lelaki, lu kena paham, syaitan gunakan perempuan sebagai medium untuk menggoncangkan iman anak adam. even kalau perempuan tuh tutup aurat bertudung litup, nafsu lelaki ni lain pandangannya. acaner tuh ? guwa nak pesan, lu sebagai anak adam diturunkan di muka bumi sebagai khalifah dan pelindung anak hawa. cuba bayangkan kalau mangsa rogol tuh mungkin terdiri dari family korang ? ditambah pula selepas dirogol, mangsa dibunuh kejam.



*p/s : kalau lu pernah rogol orang, pernah main dengan anak dara orang, jangan harap nak dapat awek suci giler punya. lu taat Allah dulu, lu hormat makhluk Allah dulu, baru lu dapat awek seangkatan macam lu.

Thursday, May 19, 2011

REVIEW NUR KASIH THE MOVIE

Assalamualaikum.

Tadi guwa exam. Law of Tort II. Disebabkan guwa terkilan dengan guwa punya exam, guwa decide nak pegi tengok wayang. so, guwa pegi la dengan aweks-aweks guwa. sorry bro, guwa tak minat duduk dalam wayang gelap dengan balaks-balaks. maksiat. haha. lagipun aweks-aweks ni yang ajak, guwa on jer. mereka juga lah yang memilih cerita untuk ditonton. sekali lagi , guwa on jerr. seriously, time citer Nur Kasih ni play kat tv, guwa bukan nyer amik port sangat. ajaib sungguh kalau tetiber nampak guwa tengok citer tuh, melainkan time tuh ada scene yang remy ishak berlakon. haha.








bagi guwa yang da pegi nengok citer ni, guwa bagi rate 4.5 bintang out of 5. 




PELAKON

pelakon-pelakon dia takyah cakap la. terbaek punya. hasil kerja mantap jelas terpancar. haha. kalau tidak masa kan MANUSIA INI yang pada mula nya duduk bermalas-malasan terus duduk tegak pabila kelibat jehan miskin terpampang di skrin putih. ohh dunia ! seriously, pada pandangan keperempuanan guwa, guwa prefer tiz zaqyah dengan ayu raudah bertudung. cantik gile wehh ! guwa mungkin kedengaran seperti lesbo, tapi itu hanyalah reaksi duniawi yang selalu tertarik dengan objek-objek yang cantik. *ohh, lupa nak bagitahu. bulan enam nanti guwa dengan remy ishak nak nikah. jemputlah datang ye. haha*



FEELING

bagi sesiapa yang hati lembut, bawak la bekal tisu tesco banyak-banyak. sedangkan guwa yang hati separa lembut ni pun menetessss, apatah lagi yang mereka yang berjiwa umpama agar-agar santan. *lama dah tak makan agar-agar santan. tiberrr.* kalau nak test tahap kelembutan hati korang, cer pegi try baca MR. K PUNYA BLOG. kalau baca blog mr. k pun korang dah tangkap leleh, memang patut la korang bawak tisu tesco banyak-banyak. kenapa mesti tisu tesco ? kalau tak nak, tisu mydin pun boleh. haha. MANUSIA INI PULAK memang sengal. guwa tengah feeling-feeling, tiber dengar pulak beliau cakap 'lawak la ! lawak la !' Ngenggggg. Potong laaa~




JALAN CERITA

menarik. tak tergantung. senang nak paham. even di awal cerita ada flashback, still korang akan boleh tangkap.



DIALOG

susah nak jumpe dialog yang berjela-jela tapi pointless dalam citer ni. ayat citer ringkas but captured the heart. mostly banyak ayat-ayat yang ke arah ketuhanan yang banyak bagi motivation. guwa suka part ni.



LOCATION


banyak view yang cantik-cantik gila dalam citer ni. yang kat sawah padi, yang kat jordan.. superb gile wa cakap lu. lagi sengal bila kawan guwa siap da feeling-feeling macam tengok jejak rassul da bila ada scene kat jordan. *haa elok la tuh, tinggal siap nak tunggu azan maghrib maka lengkap la bulan ramadhan kita ye adik-adik.*





For those yang belum tengok citer ni, sila la tengok ye. citer ni bukan takat nak bersedih berjiwang tangkap leleh, but citer ni actually one of the method untuk kita ingat kat Allah. this story is full with moral value. ini bukan filem picisan.






"Semakin sempit derita menghimpit, semakin besar rahmat Tuhan menghampiri- Nur Amina"





p/s :  pasni nak tunggu citer Transformer 3 pulak. al maklumlah, bekas boyfriend jadi hero. kena support. teehee~ 

Sunday, May 15, 2011

Stress dengan hidup ? Rujuk nombor enam.




Pernah tak korang frust dengan apa yang berlaku dalam hidup korang? 
Benda yang korang rancang baik punya tapi last-last ke laut jugak semuanya? 
Pernah tak korang rasa down gila punya gila sebab korang tak expect hidup korang begitu begini punya complicated? 


Well, jika korang rasa stress yang tak terkawal dengan hidup, sila rujuk nombor enam.





6# Beriman kepada Qada' dan Qadar








P/S : Allah tak menjanjikan hidup ini mudah. 
Tapi, jika di dalam hidup kita berpegang kepada Allah, 
insyaAllah segala urusan kita akan dipermudahkan oleh Allah.